23 Jun 2010

MANSUH PMR & TERUSKAN UPSR

mffzone menyokong sangat dengan pendapat pemuda UMNO malaysia bahawa hanya PMR sahaja yang boleh dimansuh & UPSR tidak perlu dimansuhkan. mffzone berpendapat jika kerajaan  mahu memansuhkan kedua-dua peperiksaan tersebut mffzone yakin rakyat malaysia pasti ramai yang tidak meyokong hasrat tersebut tetapi lebih baik pihak kerajaan hanya mansuhkan peperiksaan PMR sahaja. Dalam penglihatan mffzone jarak masa diantara peperiksaan PMR & SPM begitu dekat sudah pastu anak-anak kt akan terlalu suntuk belajar sedangkan jika anak-anak kt hanya fokus pada 1 peperiksaan sahaja seperti SPM sudah pasti anak-anak kt akan lebih fokus dan belajar tidak hanya bertujuan untuk lulus dalam peperiksaan besar sahaja sekaligus dalam tempoh masa 5 tahun di dalam sekolah menengah tersebut ianya akan digunakan oleh pihak sekolah dan ibu bapa untuk mematangkan pemikiran anak-anak remaja kt. mffzone percaya jika pihak kerajaan mahu juga memansuhkan peperiksaan UPSR pasti sebagai ibu bapa mffzone rasa ianya sangat rugi memandangkan dari tahun 1 hingga ke tingkatan 5 untuk menunggu peperiksaan SPM tidakkah ia terlalu lama untuk kanak-kanak untuk menguji kemampuan mereka Malah ianya akan menyusahkankan banyak pihak terutama pihak kerajaan kerana perlu merombak balik sistem pendidikan yang sedia ada dan memerlukan banyak perubahan faktor utama terutamanya modal insan dan kewangan kerajaan. Bukankah lebih baik pihak kerajaan gunakan tambahan kewangan tersebut kepada pembangunan kemudahan awam kepada rakyat. mffzone bukanlah mahu menghentam kerajaan tetapi mffzone berpendapat lebih baik kerajaan fokus kepada pembangunan negara sambil menggunakan asas pendidikan sediada dengan melakukan sedikit perubahan tanpa membazirkan wang dan modal insan yang telah dilatih oleh pihak kerajaan juga.

mffzone- takut anak-anak disekolah rendah akan lebih banyak berkhayal tanpa peperiksaan besar 
     

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails