02 Februari 2011

teknik membantu anak bercakap



  • Ibu bapa perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak dari usia mereka masih bayi atau ketika mereka masih belum bercakap lagi
  • Apabila bercakap dengan mereka guna ayat atau perkataan yang pendek-pendek
  • Apabila bercakap pastikan ada ruang diantara satu ayat dengan ayat supaya anak ada ruang untuk memberi maklum atau tindakbalas.
  • Gunakan mimik muka yang bersesuaian untuk menyampaikan sesuatu maksud perkataan.
  • Selalu membacakan buku dan bercerita dengan anak-anak
  • Dedahkan anak-anak dengan interaksi sosial seperti perbualan diantara kita sebagai ibu bapa mereka.
  • Banyakkan aktiviti harian yang boleh digunakan unutk membantu anak bercakap dan mengembangkan keupayaannya menggunakan bahasa. Antaranya mengemukakan soalan, arahan dan bercakap-cakap dengan mereka.
  • Ibu bapa perlulah menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta mendengar dan cuba memahami apa yang ingin disampaikan oleh anak-anak.



 p/s: bayi ini pun perlukan perhatian juga

1 ulasan :

JOM KOMEN DISINI

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails