20 Februari 2011

TIPS MULA PERNIAGAAN




Post kali ini saya ingin kongsikan tips Bagaimana ingin memulakan perniagaan?. Saya buat post ini hanya kerana berminat sangat dengan bidang perniagaan malah kalau diberi peluang untuk berniaga saya nak sangat fokus dalam bidang ini. Tips-tips ini saya dapat hasil pembacaan saya di blog-blog tips perniagaan. Jom saya kongsi tips ini. Tapi tipd ini saya dapt dari web ini http://alkiram.net/salam/  


1. Niat atau Perancangan - Untuk memulakan sesuatu, niat atau nawaitu kita, tahu apa yang anda hendak lakukan ialah akan memberi kesan kepada kemudian hari kita samaada jangkamasa pendek atau selamanya. Sudah semestinya menceburi bidang ini kita hendakkan sesuatu yang terbaik demi mengubah kehidupan kita nanti. Tetapi dalam impian mengejar cita-cita itu, adakah kita telah bersedia dari segi ilmu, daya ketahanan moral, wang ringgit dan sebagainya? Perancangan kita dalam setiap langkah yang kita aturkan memerlukan satu keputusan yang jitu agar tidak silap dikemudian hari. Pastikan anda tahu apa kesan-kesan yang akan mempengaruhi tindakan yang kita lakukan.
2. Ilmu Untuk memulakan sesuatu yang baru kita memerlukan ilmu pengetahuan tentang perniagaan yang kita akan usahakan,  contohnya jika kita hendak membuka kedai kek, kita perlu tahu ramuan, bahan mentah yang hendak digunakan, pembekal, peralatan yang digunakan. Ataupun jika kita hendak menjadi kontraktor, kita perlu tahu aspek pembinaan, bahan binaan digunakan, nisbah campuran simen, jentera digunakan dan banyak lagi. Ataupun jika kita hendak menjual produk kesihatan, kita perlulah tahu akta Kementerian Kesihatan terhadap kesan-kesan sampingan, pembekal produk halal, harga untuk dipasarkan, Kandungan ramuan dan lain-lain. Bak kata ilmu itu tiada penghujungnya, carilah ilmu sampai ke Negeri China. Sesungguhnya untuk mencari ilmu, kita tidak perlu malu dan sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu tapi biarlah dengan jalan yang diredhai.
3. Pratikal Kebiasaannya ilmu yang diperolehi perlulah kita praktikan, jangan anggap melalui teori sahaja memadai, banyakkan bertanya. Berdampingan dengan orang yang lebih berpengalaman. INGAT!! untuk dapatkan ilmu bukan dalam sekelip mata. Pastikan banyak membuat ulangkaji dan menyusun matlamat mengikut jadual. Pastikan semua kerja mengikut jadual.
4. Modal Seperti biasa, apa jua yang kita lakukan memerlukan modal. Jika ada simpanan sedikit, pastikan kita dapat membahagi antara tujuan modal perniagaan dan simpanan hari tua kita. Jika kita bermula dari bawah, banyak institusi-institusi perbankan menawarkan pinjaman atau geran untuk kita memulakan sesuatu perniagaan. Jangan sesekali berurusan dengan Ah Long!, ini kerana kerajaan kita telah banyak menawarkan kursus-kursus, bantuan, pinjaman kepada usahawan yang baru/ mengembangkan perniagaan mereka.
antara institusi yang menawarkan skim pinjaman ialah:
- Semua bank di Malaysia yang melekatkan stiker PINJAMAN MIKRO, tapi saya ingin mengingatkan anda semua, setiap bank memerlukan syarat yang berbeza, tujuan yang berbeza, jumlah had pinjaman yang berbeza. Namun apa yang mengecewakan saya sebenarnya kesemua pinjaman itu mengenakan faedah yang tinggi melebihi 5%-15% setahun. Memang syaratnya mudah, cepat, tapi tujuan utama bank ialah untuk keuntungan mereka juga.
- Jadi saya lebih mengesyorkan anda semua melihat institusi kerajaan seperti TEKUN. faedah serendah 2% insyallah tidak membebankan anda. Selain bantuan khas seperti khidmat nasihat dan panduan yang diberikan.
- Selain itu, jika anda pernah mendengar PUNB atau perbadanan usahawan nasional berhad yang baru-baru ini kecoh pasal kes pasal 2 orang staf PUNB pecah amanah melibatkan jutaan ringgit, tapi sebenarnya PUNB banyak membantu usahawan muda, atau ingin mengembangkan perniagaan mereka. di PUNB terdapat 3 skim, iaitu skim prosper, skim siswazah, dan skim pemborong. setiap skim mempunyai syarat yang berlainan, jumlah had pinjaman yang berlainan, cara pengurusan yang berlainan. Pada graduan yang menganggur saya mengesyorkan anda mengikuti skim siswazah, selain memberi khidmat nasihat, siswazah juga mendapat pinjaman tidak melebihi RM100 ribu jika mengikuti kursus-kursus yang dijalankan oleh PUNB. PUNB tidak dikenakan faedah namun ditukarkan kepada kos yuran perkhidmatan (4% juga faedah juga kalau kire-kire balik).
- SMIDEC Corp mungkin baru bagi anda, tapi sebenarnya SMIDEC telah banyak membantu usahawan baru untuk mengembangkan perniagaan mereka. Permohonan Geran suatu yang amat saya gembira kerana kerajaan benar-benar membantu usahawan baru. Ini bukan pinjaman!! kalau dah nama bukan pinjaman, tak perlu bayar balik lah!! tapi cara kena betul. pihak SMIDEC akan datang sendiri untuk lawatan tapak sebelum meluluskan sesuatu permohonan. Had permohonan geran iaitu RM100 ribu untuk pembiayaan selama 2 tahun kalau tak silap saya. atau tuan boleh bertanya sendiri kepada pihak SMIDEC Corp.antara syarat-syaratnya mempunyai lesen perniagaan, perjanjian sewa beli premis, daftar niaga yang tidak melebihi setahun.
- MARA adalah institusi yang membantu orang melayu khususnya, tidak ada yang menidakkan MARA ialah satu organisasi yang melahirkan usahawan-usahawan melayu berjaya. saya kurang pasti skim yang ditawarkan. Tapi kalau tak silap ialah RM200 ribu mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Namun apa yang saya kecewanya, pihak mara membantu melalui peralatan-peralatan, jentera atau perkakas yang hendak digunakan dan bukannya wang tunai. Namun kebaikan MARA berbuat begitu adalah kerana takut usahawa melayu kita mudah lupa diri, ada duit sikit aje udah pakai BMW, koman-koman pun Honda Civic.
- STEB, skim tabung usahawan belia, melalui kerjasama bank rayat dan kementerian belia dan sukan, saya tak pasti skim ini ada lagi atau tidak, tapi bagi belia yang ingin mendapat pinjaman sehingga RM50 ribu boleh bermula dengan mengambil ujian “suaikenal” yang tak sampai 10 minit. buat kertas kerja.
- Agro bank untuk belia tani, ada tanah? Agro bank sedia beri lembu atau kambing dengan syarat baka pertama mesti dipulangkan sebagai “pembayaran balik” dan baka kedua ketiga tuh milik kita lah.. tapi saya kurang pasti samada skim ini masih wujud atau sebaliknya.
- Jab. Pertanian, ini kepada sesiapa yang ingin membuat perniagaan kecil-kecilan seperti pengusaha santan ke, jab. pertanian sedia memberi mesin-mesin untuk menghasilkan santan, kerisik, peti sejuk contohnya. cuma buat kertas kerja dan hantar kepada mereka. Memang kerajaan ada memberi peruntukan untuk permohonan seperti ini.
andai kata anda mempunyai kemuskilan atau saya tersilap mengeluarkan fakta ke, saya memohon maaf.
5. Prosedur pendaftaran Perniagaan Jika anda mempunyai modal untuk memulakan perniagaan, bolehlah anda mendaftar perniagaan anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (semenanjung) , pastikan anda telah tahu apakah nama perniagaan anda untuk didaftar (ROB) Registration Of Business, buat carian nama kalau-kalau nama perniagaan itu telah digunapakai oleh orang lain. Kenapa saya cakap daftar perniagaan? ini kerana daftar perniagaan dan daftar syarikat adalah 2 perkara yang berbeza. Daftar perniagaan, dengan beratur tulis nama, alamat, produk yang hendak dijual dan bayar RM60-RM70 sudah dikira daftar perniagaan. contohnya nama perniagaan: Kedai Runcit Abu, Warung Kak Yam, Baiduri Enterprise, Gemilang Trading, Alkiram Enterprise, Rahsia Hebat Resouces dan sebagainya.
Tetapi daftar syarikat memerlukan setiausaha yang diiktiraf yang bayaran mengikut modal berbayar yang mencecah ribuan ringgit untuk pendaftaran. dengan itu, secara tak langsung Gemilang Trading tadi contohnya bertukar nama Gemilang Trading Sendirian Berhad. (SDN BHD). itu dipanggil ROC iaitu Registration Of Company.
Bagi perniagaan perkongsian, pastikan kedua-dua ahli kongsi hadir untuk menandatangani borang pendaftaran selain disahkan oleh pesuruhjaya sumpah. Jangkamasa siap daftar niaga ialah 30minit. sebarang pertanyaan anda boleh layari http://www.ssm.com.my
- Tips memilih nama perniagaan: kalau boleh carilah nama am, contohnya Gemilang Cahaya, Kayangan Bistari, ini kerana pihak berkuasa mudah meluluskan sesuatu permohonan jika mendaftar sesuatu, contohnya apabila kita mendaftar Kedai Runcit Seremban, tetapi apabila anda ingin membuka cawangan di Cheras ini akan menimbulkan kesulitan dimudian hari, contoh lain, apabila kite mendaftar perniagaan kedai dobi contohnya, kite tidak boleh tukar perniagaan kedai runcit pada masa akan datang. tapi jika nama AM, apa sahaja perniagaan kita boleh lakukan, contohnya Warisan Unggul, tetapi kita boleh menambah dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendaftar lesen dengan menambah ‘Kedai Perabot’ Warisan Unggul.
- Pastikan anda terus membuat cop syarikat untuk berurusan dengan pihak bank, pihak berkuasa tempatan. Pastikan anda membuat sekurang-kurangnya 2 cop iaitu satu cop berlamat penuh dan satu tidak beralamat tetapi mempunyai nama perniagaan, nombor pendaftaran perniagaan dan tempat menandangantangan ……………..
6. Pendaftaran Akaun Bank (PENTING) Setelah selesai mendaftar perniagaan, perniagaan anda perlulah mempunyai akaun, akaun diatas nama perniagaan dimana segala urusan membabitkan kewangan, kerana akaun semasa perniagaan akan dibekalkan dengan buku cek, kad atm (atm hanya untuk pemilik tunggal sahaja). Untuk membuka akaun perniagaan, selalunya sekurang-kurangnya RM1000 untuk membuka akaun perniagaan bagi pemilik tunggal dan RM3000 untuk perniagaan perkongsian.
Jika terdapat ahli kongsi, anda boleh memilih samaada memerlukan 2 orang penandatangan, ataupun salah seorang memadai untuk menandatangan cek perniagaan anda. Bagi akaun perniagaan, tiada lagi buku akaun yang perlu disimpan oleh pemiliknya, pihak bank akan menghantar penyata akaun bagi setiap awal bulan bagi bulan sebelumnya. Bagi anda yang memerlukan penyata segera, anda boleh terus ke kaunter bank dengan meminta pihak bank mencetak penyata terkini dengan kadar bayaran RM1-RM2 bagi setiap helaian kertas.
Tips untuk memilih bank perniagaan anda: Sebenarnya perkara paling penting untuk anda memilih bank ialah dengan mencari bank yang paling hampir dengan premis atau rumah anda, ini akan membantu anda jika anda mempunyai sebarang masalah berkaitan akaun atau cek anda nanti. Selain itu, anda juga boleh memilih bank yang memberi dividen atau perkhidmatan yang anda rasa memuaskan. Selalunya perkhidmatan dilihat dari segi kecekapan pengurusan, cepat, mudah, atau online banking yang tidak mengenakan sebarang caj-caj tahunan, sistem keselamatan online banking atau jaminan simpanan anda semasa anda berurusan dengan bank tersebut.
Banyak lagi yang anda boleh ketahui antaranya:
Cara-cara untuk menjadi pembekal kepada agensi kerajaan, swasta dan masyarakat,
Format untuk membuat rancangan perniagaan, cara-cara menjadi kontraktor binaan, kontraktor pembersihan, kontraktor pembekal, membuka pernigaan kecilan-kecilan, industri sederhana dan kecil. Membuka kilang dengan kelulusan dari pelbagai agensi berkaitan, Mendapatkan pembekal dengan harga jauh lebih rendah, pantang-larang perniagaan dari sudut pandangan kaum cina, cara-cara untuk mempromosikan perniagaan anda, cara untuk mengesport produk anda, dan lain-lain.
Memetik catatan IrfanKhairi dalam http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/perakaunan-dalam-perniagaan/ mengatakan :
Dimana kebolehan utama seseorang usahawan yang berjaya seperti yang telah dibincangkan adalah yang melibatkan apa yang dapat dilihat oleh orang ramai, namun jangan sesekali mengabaikan perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh orang ramai- iaitu angka-angka perniagaan anda!
Kebanyakan usahawan lebih fokus kepada strategi memajukan perniagaan dengan memberi tumpuan kepada pekerja, pelanggan, produk, perkhidmatan dan pemasaran sehinggakan melupakan isu penting iaitu penyata kewangan.
Anda tidak perlu menjadi pakar dalam bidang perakaunan, tetapi, apa yang penting adalah untuk anda fahami penyata kewangan anda. Tugasan mengurus penyata kewangan boleh diagihkan kepada mereka yang lebih bertauliah.
Namun, sebagai usahawan yang berjaya, anda perlu memahami pengiraan wang dalam penyata kewangan anda supaya wang yang masuk tidak menjadi wang keluar sehingga menjejaskan keuntungan keseluruhan perniagaan anda!
Aliran tunai adalah nadi dalam sesuatu perniagaan!
7. Premis
Kalau diikutkan, premis ini bukanlah bermaksud gerai , kedai , warung , restoran semata-mata, tetapi akan dilihat apa perniagaan yang kita akan lakukan sebenarnya. Contohnya jika sebuah taska dibuka, kawasan perumahan juga telah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. Atau pengusaha kraftangan, juga boleh dilakukan dirumah. Cuma suasana semasa berurusan dengan pelanggan itu adakah selesa atau mencakupi segala aspek untuk kita berniaga? Contohnya pemborong memerlukan sebuah gudang untuk menyimpan barangan yang diborong, adakah kawasan perumahan sesuai untuk berurusan dengan pelanggan? Jika itu, usahawan perlu mengetahui sejauh mana kemampuan dari segi wang ringgit untuk mencari premis-premis yang strategik, sesuai, selesa dan selamat. Contohnya kontraktor pembekalan sudah memadai dengan meletakkan alamat rumah sebagai alamat rasmi perniagaan, tapi adakah pernah terfikir jika pihak tertentu datang untuk membuat pemeriksaan mengejut terhadap premis yang didaftarkan itu? Dan kekeliruan orang awam terhadap apa yang kita lakukan.
Tips Mencari Premis yang sesuai: Yang pertama sekali ialah kemampuan modal kewangan kita untuk menyewa atau membeli premis tersebut, selain kawasan yang strategik, padat, mudah dikunjungi, selamat, mempunyai sijil duduki dari pihak berkuasa.
Pantang-larang cina untuk memilih premis: premis tidak bertentangan dengan simpang tiga, bertentangan gunung atau bukit yang dipercayai menutup laluan rezeki mereka, mengelak mendapatkan premis bernombor 4 (bermaksud mati dalam sebutan bahasa cina) “umat islam dilarang sama sekali untuk mempercayai kepercayaan-kepercayaan tersebut dan seangkatan dengannya”
8. Pelesenan
Lesen adalah satu ungkapan umum dan sangat meluas, lesen yang dikeluarkan termasuklah lesen menjaja, lesen berniaga, lesen membina, permit sementara juga merupakan lesen iaitu kebenaran untuk melakukan sesuatu kerja didalam kawasan pihak berkuasa tempatan mengikut akta-akta, undang-undang, syarat-syarat, prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Lesen boleh dipohon dengan adanya alamat premis, pendaftaran perniagaan, cop perniagaan dan mungkin sejumlah wang untuk caj perkhidmatan. Selalu borang untuk mendapatkan lessen disertakan sekali dengan borang papan iklan premis yang perlu dilengkapkan dan dilampirkan sekali dengan visual atau gambarajah papan iklan perniagaan anda. Merupakan satu kesalahan membuat papan iklan tanpa permit.
Contohnya, permohonan lessen pengilang adalah lebih banyak prosedurnya berbanding perniagaan ‘trading’, kilang yang ingin memohon lessen untuk beroperasi perlu untuk mendapatkan surat sokongan dari pihak jabatan alam sekitar, jabatan bomba, jabatan keselamatan pekerja, kastam dan sebagainya.
Contohnya pihak bomba memerlukan anda untuk memasang system pencegah kebakaran, pemadam api, ataupun pihak kastam memerlukan anda mempunyai akta jualan kastam (sila rujuk dengan kastam) , atau jabatan imegresen untuk majikan yang mempunyai pekerja asing, dan jabatan kesihatan untuk memastikan pekerja asing tidak mempunyai penyakit berjangkit. Jika pihak majikan berurusan dengan balak, banyak prosedur jabatan hutan yang perlu diikuti, sisa bahan pepejal tidak boleh dibuang sesuka hati, menurut jabatan alam sekitar hanya pihak yang ditauliahkan sahaja dibenar untuk melupuskan sisa pepejal ini, jika disabitkan kesalahan, hukuman pasti menanti.
Peringatan: Bukan setiap permohonan diluluskan oleh pihak berkuasa!! Pastikan anda mematuhi, mengikuti peraturan atau syarat yang ditetapkan oleh pihak PBT.
9. Mengubahsuai, menyusun Stok, Membersih kawasan premis
Sebenarnya, dalam tempoh kita memohon lesen untuk berniaga, kita telahpun bersedia untuk menyusun produk-produk, membersihkan premis, menyiapkan perjanjian sewa/beli premis, mengubahsuai ruang dalam, hiasan dalaman, contohnya kopitam memerlukan tempoh yang lama untuk disiapkan hiasan dalaman, jadi ianya perlu diuruskan dengan lebih awal. Pastikan kita mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak PBT untuk mengubahsuai bangunan agar tidak melanggar peraturan pihak PBT.
Contohnya mendapatkan permit untuk meletak kren di hadapan premis untuk memasang signboard agar tidak mengganggu kesesakan lalu lintas. Permit membancuh simen di kawasan letak kereta contohnya. Dan sebagainya. Bagi yang memulakan perniagaan di rumah, pastikan apa-apa tindakan anda tidak mengelirukan jiran-jiran dan masyarakat setempat, contohnya lori senantiasa melalui rumah anda sehingga mewujudkan rasa kurang senang jiran-jiran anda.
Jika anda ingin memulakan perniagaan bakeri atau seangkatan dengannya, anda perlu memastikan sistem pengudaraan premis lancer, pendawaian elektrik mengikut kadar yang diperlukan ini kerana pembakar (Oven) memerlukan kadar kuasa yang lebih besar berbanding biasa.
Tips: Jika ada peruntukan lebih, carilah seorang perunding hiasan dalaman untuk memberi cadangan tentang premis anda yang akan bermula operasi.
10. Promosi
-Dalam perniagaan semua orang mempunyai perancangan yang teratur dari segi modal/kewangan untuk memulakan perniagaan dan mengatur strategi yang begitu hebat tapi Bidang Promosi ADALAH PENTING kerana dalam perniagaan dari segi PEMASARAN adalah ibarat2 dahan/ranting yang akan melipat-gandakan keuntungan. Apabila disebutkan dengan PROMOSI maka ia akan bermula dengan PENGIKLANAN samada dalam media elektronik seperti Iklan di internet sebagaimana di web ini juga boleh rujuk di pautan ini : http://alkiram.net/salam/permohonan-iklan/ atau media cetak seperti menyediakan flyer,bisnes kad, poster,iklan di akhbar dan sebagainya.
Promosi juga boleh dikatakan sebagai tunjang dalam perniagaan..apabila kita menyedaikan RP (Kertas Rancangan Perniagaan) kita mesti menyediakan budjet utk promosi terpulang kepada kekreativiti masing2 dan bergantung jenis perniagaan yang kita lakukan.
11. SIGNBOARD (PAPAN TANDA)
Amat penting antara cabang dari promosi kalau kita mempunyai premis perniagaan kita letakkan papan tanda tersebut di jarak beberapa KM atau METER dari KEDAI/PREMIS perniagaan kita…terutaman dijalan2 utama atau persimpangan jalan..misalkan KEDAI KEK GEMILANG 500 meter dihadapan..KEDAI TAYAR 1 KM Dihadapan…
12.APA YANG DIFIKIRKAN PERLU.

2 ulasan :

  1. tq. info yg sgt berguna.. ko dah daftar perniagaan ke Madi?

    BalasPadam
  2. HEHEEEE BELUM LG PASAL BIZ NYER PUN XTAHU APE LG
    TP NAK DAFTAR GAK KOT MEMUDAHKAN NAK BIZ KENDIAN HARI

    BalasPadam

JOM KOMEN DISINI

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails