21 Januari 2011

Ingat orang muda jer......rupa nyer orang tua pun sama...!!!

Perasaan Kasih & cinta nampaknyer bukan sahaja milik orang muda. Kalau kita perasan sejak akhir-akhir ini makin ramai orang berada di usia senja pun menemui cinta dan berkahwin semula. Tetapi adakah kita tahu bahawa warga emas ini berkahwin hanya semata-mata kerana hawa nafsu mereka.....????.

Namun kalau kita perhatikan kebanyakan warga emas ini berkahwin adalah berdasarkan mahu mempunyai teman berbual dan tempat bercerita selain ingin berkongsi suka dan duka bersama-sama. Kita juga maklum bahawa kebanyakan warga emas ini telah hidup berseorangan kerana kematian pasangan dan anak-anak juga telah mempunyai keluarga menyebabkan mereka ini tinggal bersendirian. Pastinya mereka ini mahukan seorang membantu menguruskan diri malah menjadi teman berbual sepanjang masa tanpa mahu menggangu masa anak-anak mereka yang telah berkeluarga.

Gembira melihat mereka-mereka ini yang kelihatan sangat bahagia walaupun mereka berkahwin semula di usia senja.......!!! (Sekadar menghadirkan beberapa contoh :-)




Tiada ulasan :

Catat Ulasan

JOM KOMEN DISINI

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails