19 Januari 2011

Isteri meroyan salah siapa....????

Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri merupakan detik yang sentiasa dinantikan. Namun ramai yang telupa pengorbanan besar wanita ketika melahirkan bayi, bukan sahaja bertarung dengan nyawa bahkan berhadapan risiko ganguan mental. 
Tahukah anda wanita ketika tempoh berpatang selepas melahirkan anak adalah tempoh yang sangat kritikal dan memerlukan penjagaan rapi seperti menjaga bay yang kecil. Tempoh berpantang inilah yang menentukan sama ada ibu akan kembali normal seperti sebelumnya atau sebaliknya kerana tekanan emosi pada waktu berpantang.
Dalam hal ini suami atau keluarga terdekatlah yang perlu memainkan peranan penting bagi memastikan kesihatan si isteri yagn baru bersalin tidak terjejas serta tidak bercelaru emosi mereka. Penjagaan kesihatan selepas bersalin amatlah perlu kerana tanpa penjagaan yang rapi kaum ibu akan mengalami kesan negatif yang berpanjangan. Dalam tempoh 3 bulan pertamalah perlu diberikan perhatian dan masa inilah juga suami serta keluarga terdekat perlu bersama-sama berganding bahu menjaga bayi dan ibu bersalin agar tidak mendapat penyakit ini. Penyakit ini pula lazimnya akan dialami oleh wanita yang kali pertama bergelar ibu.
Sehubungan dengan itu kaum ibu perlulah membuat persediaan rapi mental dan fizikal melalui pembacaan, berkongsi pendapat dengan keluarga, suami dan rakan agar terhindar dari penyakit tersebut. 

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

JOM KOMEN DISINI

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails