12 Mac 2011

19 MaC 2011 - Benarkah bumi dalam bahaya...?

Pelbagai andai telah dibuat oleh semua orang selepas negara JEPUN dilanda Tsunami sebagai mana di ACHEH setelah berlaku gempa bumi kuat berukuran 8.9 sr.

Fenomena terbaru yang dikaitkankan pada tarikh 19 mac 2011 ialah kedudukan bulan yang begitu hampir dengan bumi dengan jarak bulan dan Bumi sekitar 354,507 kilometer berbanding 384,403 kilometer pada hari-hari biasa.

Pada kedudukan tersebut, daya graviti bulan adalah sangat kuat dan dikhuatiri boleh mencetuskan bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi. Ahli astronomi Amerika Syarikat (AS) Richard Nolle percaya pergerakan bulan itu mencetuskan bencana di Bumi.

Benarlah Sebagaimana yang diungkapkan oleh USTAZ HANAFIAH di dalam AL-KULIAH tv3 petang semalam apabila bulan dan bumi akan berada sangat dekat akan berlakulah bencana di bumi ini. 

Marilah kita sama-sama berdoa agar negara kita MALAYSIA dijauhkan dari bencana dan malapetaka yang dasyat dan sentiasa berdoa agar ALLAH melindungi kita semua.

AMINNNN......!!

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

JOM KOMEN DISINI

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails