20 Mac 2011

WAHAI anak-anakku MAMPUKAH dikau.....??



Wahai anak-anakku mampukah dikau mengharungi zaman yang serba pantas ini..? Zaman yang serba maju..zaman yang memerlukan ketahanan, kesabaran serta kekuatan jatidiri yang tinggi.... Zaman yang memerlukan keseimbangan diantara duniawi dan akhirat.

Ayahmu dizaman sekarang pun memerlukan kekuatan yang amat sangat. hampir tidak tertahan dengan pelbagai  godaan duniawi. Mujurlah ibumu berada teguh dibelakang ayahmu ini demi menyokong dan membetulkan keadaan jika ayahmu tersasar dari landasan.

Ayahmu sering berbincang bersama ibumu bagaimanakah anak-anak kita di 20 tahun mendatang. Mampukah kami melihat kehebatan dan ketahanan anak kami menghadapi pelbagai cabaran duniawi sambil terus berpegang kepada ilmu agama yang diwarisi. Cukupkah bekalan ilmu agama yang telah kami berikan kepada mu wahai anaku......?

Wahai anak-anakku walau apa pun yang terjadi, ayah dan ibumu mengharapkan dikau semua berani menempuh pelbagai dugaan hidup dengan penuh keberanian dan ketahanan serta penuh keinsafan agar dirimu semua menjadi teladan dan ikutan mereka yang lain.Sedarlah wahai anak-anakku ayah dan ibumu sentiasa mendoakan agar kebahagiaan dan keberkatan sentiasa menanti di masa hadapan....   

   

1 ulasan :

  1. semoga anak2 kita menjadi anak2 para Sahabat Nabi s.a.w. yang berjuang untuk Islam...amiin

    BalasPadam

JOM KOMEN DISINI

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails